Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Wednesday, July 13, 2011

TAJAAN MOREH UNTUK BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum Muslimin Muslimat Warga SAS,

Sebagai makluman, AJK Surau Alam Suria telah memutuskan bahawa tajaan Moreh untuk bulan Ramadhan akan dibahagikan antara dua taman seperti berikut:

Minggu Pertama         01/08/2011 - 07/08/2011        -        Sunway Villa Suria (SVS)
Minggu Kedua            08/08/2011 - 14/08/2011        -        Sunway Alam Suria (SAS)
Minggu Ketiga            15/08/2011 - 21/08/2011        -        Sunway Villa Suria (SVS)
Minggu Keempat        22/08/2011 - 28/08/2011        -        Sunway Alam Suria (SAS)

Pihak Surau Alam Suria berbesar hati menerima apa sahaja juadah untuk jamuan Moreh tetapi meminta jasa baik para penaja untuk menyediakannya dalam bentuk bungkusan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dan memberi keselesaan pilihan kepada para jemaah untuk menikmati juadah di surau atau membawa pulang ke rumah. Malahan, langkah ini juga memberi peluang kepada pihak penaja yang terlibat supaya dapat menumpukan perhatian kepada Ibadah tanpa kebimbangan untuk menyelenggara makanan.

Pihak Surau Alam Suria juga akan menyediakan air minuman dan kerusi / meja sebagai kemudahan tambahan. AJK surau yang bertugas akan sentiasa memantau dan memberikan bantuan sepenuhnya kepada para penaja.

Sekiranya tuan2 dan puan2 berhajat untuk menyumbang, sila hubungi saya (call lebih baik) untuk menetapkan tarikh / hari tajaan sebelum 28 July 2011 untuk saya mengemaskini jadual.

Sekian Wassalam...

Bakhtiar Bin Bahadon (E22)
AJK Surau Alam Suria
019-3833054

No comments:

Post a Comment