Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Wednesday, July 27, 2011

AKTIVITI SURAU ALAM SURIA

Assalamualaikum Muslimin Muslimat SAS,
 
1. Taklimat Bilal
Berhubung perkara di atas, satu taklimat berkenaan tugas / peranan dan tanggungjawab BILAL akan dikelolakan di Surau Al - Hidayah. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci untuk tugasan sebagai BILAL, lebih - lebih lagi perkara yang bersangkutan dengan laungan AZAN. Semua muslimin SAS dijemput hadir dan tuan - tuan digalakkan untuk membawa bersama anak - anak remaja (10 - 18 tahun) untuk memberikan pendedahan dan menimba pengalaman yang berharga. Aturcara program seperti di bawah.
 
Tarikh                :        30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                 :        9.00am - 12.00pm
Tempat             :        Surau Al - Hidayah, Perdana Heights
 
2. Gotong Royong

Pihak AJK Surau Alam Suria akan melakukan beberapa kerja pembersihan / pemasangan / pembinaan / persediaan untuk memastikan keselesaan para jemaah beribadat khususnya di bulan Ramadhan dan seterusnya. Kepada semua muslimin muslimat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemasangan / wiring atau pembinaan struktur bolehlah hadir ke Surau pada waktu di bawah.
 
Sabtu (30/07/2011)        -        Selepas Zohor - 6.30pm
Ahad (31/07/2011)         -        9.30am - 4.30pm
 
3. Moreh
 
Peruntukkan 14 hari (seperti email terdahulu) untuk Sunway Alam Suria menaja majlis Moreh di bulan Ramadhan masih terbuka kepada semua muslimin muslimat yang berminat. Majlis boleh dianjurkan secara persendirian atau berkumpulan (max 3 family). Setakat ini, alhamdulillah 8 hari telah pun dipenuhi oleh para2 penyumbang dan tarikh - tarikh yang masih kosong ialah 9, 10, 22, 26, 27, 28 Ogos / Ramadhan. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk penerangan lanjut.
 
4. Tadarus Al-Quran
 
Aktiviti tadarus akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan yang akan dipimpin oleh kedua2 imam jemputan (Hafiz) Surau Alam Suria. Majlis akan bermula selepas moreh. Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama tuan2 untuk saya maklumkan pada pihak AJK.
(" Alhamdulillah Kita menghantar anak2 kita untuk belajar mengaji Al-Quran sebagai tanggungjawap sebagai ibubapa, bagaimana pula tanggungjawab kita untuk mendalami Al-Quran terhadap Allah?" Renung - renungkan)
 
5. Tahlil Arwah
 
Tahlil arwah akan dikelolakan oleh kedua2 imam jemputan kita pada setiap malam jumaat. Borang akan dikeluarkan oleh setiausaha surau dalam sedikit masa lagi.

6. Qiamullial

Sempena menyambut bulan Ramadhan Surau Al-Hidayah, Perdana Heights akan mengadakan program Qiamullial yang akan dipimpin oleh Ustaz Faizul. Semua  Muslimin & Muslimah SAS di jemput hadir. Aturcara adalah seperti berikut:-

Tarikh                :        30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                 :        4.00am 
Tempat             :        Surau Al - Hidayah, Perdana Heights

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih


Wassalam
Bakhtiar Bin Bahadon
Timbalan Pengerusi Penaja
Surau Alam Suria

No comments:

Post a Comment