Assalamualaikum,
Berhubung perkara di atas, pihak Surau Alam Suria akan menganjurkan satu program (kuliah) bersempena dengan sambutan Nisfu Syaa'ban. Muslimin muslimat dan keluarga adalah dijemput ke majlis ilmu tersebut dan harapan kami agar program ini dapat diwar - warkan kepada kejiranan yang lain. Informasi majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh : 16 July, 2011 (Sabtu)
Masa : Kuliah bermula selepas solat Isyak
Lokasi : Surau Alam Suria
Penceramah : Dr. Shihabuddin
Atucara
7.00pm : Berkumpul
7.30pm : Solat Maghrib berjemaah
8.00pm : Jamuan Makan
8.45pm : Solat Isyak berjemaah
9.15pm : Kuliah kelolaan penceramah jemputan
(Tajuk : Nisfu Syaa'ban dan persiapan menjelang Ramadhan)
9.30pm : Bersurai
Jamuan utama (main dish) dan minuman akan disediakan oleh pihak Surau Alam Suria. Pihak pengurusan surau amat berbesar hati sekiranya ada muslimin muslimat yang berhajat untuk menyumbang juadah tambahan (side dish) untuk majlis jamuan tersebut. Sila berhubung dengan AJK Surau Alam Suria untuk sebarang maklumat tambahan.
No comments:
Post a Comment