Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

Wednesday, July 27, 2011

AKTIVITI SURAU ALAM SURIA

Assalamualaikum Muslimin Muslimat SAS,
 
1. Taklimat Bilal
Berhubung perkara di atas, satu taklimat berkenaan tugas / peranan dan tanggungjawab BILAL akan dikelolakan di Surau Al - Hidayah. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci untuk tugasan sebagai BILAL, lebih - lebih lagi perkara yang bersangkutan dengan laungan AZAN. Semua muslimin SAS dijemput hadir dan tuan - tuan digalakkan untuk membawa bersama anak - anak remaja (10 - 18 tahun) untuk memberikan pendedahan dan menimba pengalaman yang berharga. Aturcara program seperti di bawah.
 
Tarikh                :        30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                 :        9.00am - 12.00pm
Tempat             :        Surau Al - Hidayah, Perdana Heights
 
2. Gotong Royong

Pihak AJK Surau Alam Suria akan melakukan beberapa kerja pembersihan / pemasangan / pembinaan / persediaan untuk memastikan keselesaan para jemaah beribadat khususnya di bulan Ramadhan dan seterusnya. Kepada semua muslimin muslimat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemasangan / wiring atau pembinaan struktur bolehlah hadir ke Surau pada waktu di bawah.
 
Sabtu (30/07/2011)        -        Selepas Zohor - 6.30pm
Ahad (31/07/2011)         -        9.30am - 4.30pm
 
3. Moreh
 
Peruntukkan 14 hari (seperti email terdahulu) untuk Sunway Alam Suria menaja majlis Moreh di bulan Ramadhan masih terbuka kepada semua muslimin muslimat yang berminat. Majlis boleh dianjurkan secara persendirian atau berkumpulan (max 3 family). Setakat ini, alhamdulillah 8 hari telah pun dipenuhi oleh para2 penyumbang dan tarikh - tarikh yang masih kosong ialah 9, 10, 22, 26, 27, 28 Ogos / Ramadhan. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk penerangan lanjut.
 
4. Tadarus Al-Quran
 
Aktiviti tadarus akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan yang akan dipimpin oleh kedua2 imam jemputan (Hafiz) Surau Alam Suria. Majlis akan bermula selepas moreh. Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama tuan2 untuk saya maklumkan pada pihak AJK.
(" Alhamdulillah Kita menghantar anak2 kita untuk belajar mengaji Al-Quran sebagai tanggungjawap sebagai ibubapa, bagaimana pula tanggungjawab kita untuk mendalami Al-Quran terhadap Allah?" Renung - renungkan)
 
5. Tahlil Arwah
 
Tahlil arwah akan dikelolakan oleh kedua2 imam jemputan kita pada setiap malam jumaat. Borang akan dikeluarkan oleh setiausaha surau dalam sedikit masa lagi.

6. Qiamullial

Sempena menyambut bulan Ramadhan Surau Al-Hidayah, Perdana Heights akan mengadakan program Qiamullial yang akan dipimpin oleh Ustaz Faizul. Semua  Muslimin & Muslimah SAS di jemput hadir. Aturcara adalah seperti berikut:-

Tarikh                :        30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                 :        4.00am 
Tempat             :        Surau Al - Hidayah, Perdana Heights

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih


Wassalam
Bakhtiar Bin Bahadon
Timbalan Pengerusi Penaja
Surau Alam Suria

Wednesday, July 13, 2011

PENGUMUMAN

Kepada:
Semua Penduduk Sunway Alam Suria

Tuan/Puan,

PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN UNTUK PERKHIDMATAN SEKURITI DAN PERSATUAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2)     Untuk makluman Tuan/Puan, pembukaan kaunter bayaran perkhidmatan sekuriti dan persatuan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh             : 16 & 17 Julai 2011
Hari                 : Sabtu dan Ahad
Jam                 : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat           : Pondok Sekuriti SAS

3)    Pada hari tersebut juga, Tuan/Puan dapat mengemas kini rekod pembayaran dan mengambil plet keselamatan bagi ahli-ahli yang baru.

Kami berharap sokongan penuh diberikan oleh setiap penduduk bagi memastikan komitmen pembayaran berjalan dengan lancar. Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Izzar Bin Omar
Setiausaha
012-2810823

BORANG KEAHLIAN PERSATUAN PENDUDUK SUNWAY ALAM SURIA


Salam Sejahtera,

Kepada semua penduduk yang belum lagi mengisi borang keahlian, diminta agar berbuat demikian untuk memudahkan persatuan mendapatkan maklumat lengkap ahli sebagai rekod. Jika anda belum lagi menjadi ahli bolehlah mengisinya dan serahkan kepada AJK persatuan. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 2 dan yuran bulanan sebanyak RM 5 sahaja. Dana tersebut akan digunakan oleh persatuan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di taman kita serta menanggung serba sedikit kos penyelenggaran. Sila muat turun borang diatas.

Harap maklum.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Izzar Bin Omar
Setiausaha 
012-2810823

MAKLUMAT PENTING

1.         Kontigensi Plan apabila berlaku Jenayah/Kecemasan:

a.         Laporkan kepada Polis
Balai Polis Bukit Jelutong : 03-78473022
Balai Polis Komuniti Cahaya SPK Seksyen U9 : 03-78466522

b.         Laporkan kepada Ketua/Penolong Biro Keselamatan
En. Ahmad Fahmy Nor Mohamed  : 019-2762233.
            En. Sairi Bin Sawari                         : 019-2825155.

c.         Maklumkan kepada jiran terdekat.

Senarai AJK Persatuan Penduduk Sunway Alam Suria

PENGERUSI                            :   En. Ahmad Arzmi Abd Bin Rahman                 012-2890856 
TIMB.PENGERUSI                  :   En. Saharudin Bin Karsan                                 019-2445544
SETIAUSAHA                          :   En. Izzar Bin Omar                                             012-2810823
TIMB.SETIAUSAHA                :   En. Megat Sharurat Bin Ramli                           012-2222197
BENDAHARI                            :   En. Moktar Bin Mohamod                                  019-6154400
TIMB.BENDAHARI                  :   En. Kamal Bin Mohd Adam                               019-3632776

Biro Keselamatan & Aduan:-
i.            En. Ahmad Fahmy Bin Nor Mohamed (Ketua)            019-2762233 
ii.           En. Sairi Bin Sawari                                                       019-2825155
iii.          En. Jamaludin Bin Salleh                                               012-3063896


Biro Keagamaan:-
i.            En. Bakhtiar Bin Bahadon (Ketua)                                019-3833054
ii.           En. Aidil Ismi Bin Ahmad Haris                                     019-3298404


Biro IT, Penerangan & Ekonomi:-

i.            En. Ibrahim Bin Che Wel (Ketua)                                  019-2310239
ii.           En. Mohammad Hafiz Bin Ibrahim                                 013-2290696
iii.          En. Mohd Nirwan Bin Anuyar                                          012-3697352
iv.          En. Jailani Bin Taharim                                                    012-6546484


Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan:-
i.            En. Ahmad Rosman Bin Hamzah (Ketua)                      013-3529267
ii.           En. Johari Bin Junid                                                         012-2217450
iii.          En. Khairul Nizam Bin Hamdan                                       019-2590050
iv.          En. Abdul Halim Bin Alwi                                                 016-3933713


Biro Kebajikan & Kemasyarakatan:-


i.            En. Badmanathan A/L Balan (Ketua)                              012-2268921
ii.           En. H Charles Kingsly Perera                                         016-3239130
iii.          En. Nor’asriwira Bin Mat Nasri                                         012-3535700

KEPENTINGAN PENGAWAL KESELAMATAN DI TAMAN KITA



Keselamatan adalah salah satu elemen penting yang amat diutamakan oleh sesebuah kawasan kediaman. Ia juga meningkat tahap kesedaran (Sence of Awareness) tidak kira dimana jua kita berada. Dengan peningkatan kes-kes  jenayah seperti pecah rumah, rompak, culik dan sebagainya, kita perlu memikirkan cara yang praktikal dan bernas untuk membenteras seterusnya mengelakkannya dari berlaku kepada kita sekeluarga. Tiada sesiapa pun yang mahu menanggung kos keselamatan jika mereka tidak memikirkan keselamatan mereka sendiri dan keluarga. Tiada siapa juga boleh menafikan dengan kewujudan kawalan keselamatan ianya sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha polis untuk membenteras jenayah.

Dengan adanya perkhidmatan keselamatan, sedikit sebanyak kita dapat berasa selesa dan mengetahui bahawasanya ada pihak yang menjaga harta, kawasan kediaman dan keluarga yang disayangi. Secara tidak lamgsung, kita dapat keluar bekerja dengan ceria; serta kembali ke rumah pada bila–bila masa dalam suasana yang tenang dan aman, tanpa ada perasaan takut akan risiko keselamatan anda mahupun keluarga.

Dengan adanya pengawal keselamatan juga, kita dapat meminimumkan kebarangkalian berlakunya sebarang kes jenayah. Kehadiran pengawal keselamatan ini juga, sedikit sebanyak dapat menyulitkan sebarang perancangan jenayah oleh individu–individu tertentu. Dengan adanya rondaan 24 jam, sekurang–kurangnya kadar jenayah dapat dikurangkan dan pemantauan berterusan oleh pihak keselamatan dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa (POLIS).

Kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan keselamatan sesebuah taman perumahan juga bergantung kepada keperihatinan dan kerjasama daripada setiap penduduk untuk melunaskan bayaran penyelenggaraan atau bayaran perkhidmatan dengan kadar segera demi keselamatan satu taman.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penduduk yang tidak mahu menjadi ahli persatuan apatah lagi membayar untuk perkhidmatan keselamatan. Malahan, ada dikalangan penduduk tidak tahu adanya jenayah berlaku di kawasan mereka. Keperihatinan terhadap institusi kejiranan adalah penting demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan damai.

“Beringat Sebelum Kena”
“Berbakti Selagi Terdaya”
“Keperihatinan Adalah Tanggungjawab Bersama”

KULIAH MINGGUAN DI SURAU AL-HIDAYAH, PERDANA HEIGHTS

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Kuliah Subuh pada minggu ini akan berlangsung seperti dijadualkan. Muslimin muslimat warga SAS dan keluarga adalah dijemput ke majlis ilmu tersebut dan minta keperihatinan semua untuk memanjangkan perkara ini kepada jiran tetangga yang lain. Informasi kuliah adalah seperti berikut.

Tarikh                    :        16 July, 2011 (Sabtu)
Masa                      :        Selepas Solat Subuh
Lokasi                   :        Surau Al - Hidayah, Perdana Heights
Penceramah        :        Ybg. Ustaz Hajar Opir

MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYAA'BAN

Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, pihak Surau Alam Suria akan menganjurkan satu program (kuliah) bersempena dengan sambutan Nisfu Syaa'ban. Muslimin muslimat dan keluarga adalah dijemput ke majlis ilmu tersebut dan harapan kami agar program ini dapat diwar - warkan kepada kejiranan yang lain. Informasi majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh                    :        16 July, 2011 (Sabtu)
Masa                      :        Kuliah bermula selepas solat Isyak
Lokasi                   :        Surau Alam Suria
Penceramah        :        Dr. Shihabuddin

Atucara
7.00pm                :        Berkumpul
7.30pm                :        Solat Maghrib berjemaah  
8.00pm                :        Jamuan Makan
8.45pm                :        Solat Isyak berjemaah
9.15pm                :        Kuliah kelolaan penceramah jemputan
                                     (Tajuk : Nisfu Syaa'ban dan persiapan menjelang Ramadhan)
9.30pm               :        Bersurai 

Jamuan utama (main dish) dan minuman akan disediakan oleh pihak Surau Alam Suria. Pihak pengurusan surau amat berbesar hati sekiranya ada muslimin muslimat yang berhajat untuk menyumbang juadah tambahan (side dish) untuk majlis jamuan tersebut. Sila berhubung dengan AJK Surau Alam Suria untuk sebarang maklumat tambahan.

TAJAAN MOREH UNTUK BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum Muslimin Muslimat Warga SAS,

Sebagai makluman, AJK Surau Alam Suria telah memutuskan bahawa tajaan Moreh untuk bulan Ramadhan akan dibahagikan antara dua taman seperti berikut:

Minggu Pertama         01/08/2011 - 07/08/2011        -        Sunway Villa Suria (SVS)
Minggu Kedua            08/08/2011 - 14/08/2011        -        Sunway Alam Suria (SAS)
Minggu Ketiga            15/08/2011 - 21/08/2011        -        Sunway Villa Suria (SVS)
Minggu Keempat        22/08/2011 - 28/08/2011        -        Sunway Alam Suria (SAS)

Pihak Surau Alam Suria berbesar hati menerima apa sahaja juadah untuk jamuan Moreh tetapi meminta jasa baik para penaja untuk menyediakannya dalam bentuk bungkusan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dan memberi keselesaan pilihan kepada para jemaah untuk menikmati juadah di surau atau membawa pulang ke rumah. Malahan, langkah ini juga memberi peluang kepada pihak penaja yang terlibat supaya dapat menumpukan perhatian kepada Ibadah tanpa kebimbangan untuk menyelenggara makanan.

Pihak Surau Alam Suria juga akan menyediakan air minuman dan kerusi / meja sebagai kemudahan tambahan. AJK surau yang bertugas akan sentiasa memantau dan memberikan bantuan sepenuhnya kepada para penaja.

Sekiranya tuan2 dan puan2 berhajat untuk menyumbang, sila hubungi saya (call lebih baik) untuk menetapkan tarikh / hari tajaan sebelum 28 July 2011 untuk saya mengemaskini jadual.

Sekian Wassalam...

Bakhtiar Bin Bahadon (E22)
AJK Surau Alam Suria
019-3833054

Friday, July 8, 2011

KULIAH MINGGUAN DI SURAU AL-HIDAYAH, PERDANA HEIGHTS

Assalamualaikum Muslimin Muslimat SAS,

Apend below are the schedule for Subuh Classes (Kuliah Subuh) which going to be held at Surau Al-Hidayah, Perdana Heights. All muslim muslimat & families are invited to join the session and appreciate if the news could be extended to other neighbours, colleagues and friends.

Saturday (9 July 2011)                -        Ybg Ustaz Amir Noor Hiezam
Sunday (10 July 2011)                -        Ybg Ustaz Jazlan Abdullah

Its the responsibility and compulsory for all muslim to gathered and understand the knowledge of Islam (Al Quran & Hadith / Sunnah), things that will be ask and evaluated by Allah in order to be a pure MUKMIN! Ask our self whether we are a MUSLIM or we are clasified as MUKMIN MUSLIM!

Wallahualam....

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BAGI MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum kepada semua warga SAS,

Berhubung perkara di atas, mewakili Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk SAS (En.Arzmi) dan AJK Kebajikan SAS (En.Rosman), tuan - tuan dan keluarga dijemput ke satu Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Menyambut kedatangan Ramadhan. Maklumat lanjut seperti di bawah.

Tuan Rumah / Anjuran Bersama        :        En.Ahmad Arzmi (C22) & En.Rosman (B57)
Tarikh                                                        :        9 July 2011 (Sabtu)
Lokasi                                                       :        Surau Alam Suria
Masa                                                          :        12 Tengahari.
Ustaz Jemputan                                     :        Ybg. Ustaz Amir Noor Hiezam

Muslimin muslimat warga SAS adalah dijemput untuk sama2 bertahlil, berdoa seterusnya dapat mendirikan solat Zohor secara berjemaah...Insyallah. Adalah merupakan hasrat En.Arzmi & En.Rosman agar semua warga kejiranan Islam SAS dapat hadir dan melapangkan waktu di dalam kesibukan jadual harian. Semoga dengan majlis sebegini dapat merapatkan tali silaturrahim dan UKHWAH sesama kita seterusnya dapat sama2 memakmurkan Surau dan aktiviti kejiranan kita.

Sekian, Wassalam